Malaysia legislation
Section 4A
Seksyen 4A
Adalah sah di sisi undang-undang bagi Ketua Pengarah, jika dibuktikan dengan memuaskan hatinya bahawa apa-apa wang telah terlebih bayar atau tersalah bayar sebagai levi kenderaan barang-barang di bawah Akta ini, mengarahkan supaya wang yang telah terlebih bayar atau tersalah bayar itu dibayar balik:
Dengan syarat bahawa pembayaran balik demikian tidak boleh dibenarkan melainkan suatu tuntutan berkenaan dengannya dibuat dalam masa satu tahun selepas pembayaran lebih atau pembayaran salah itu dibuat.