Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Beban pembuktian
Jika apa-apa soalan yang berbangkit dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, atau dengan merujuk kepada apa jua yang dilakukan atau dicadang dilakukan di bawah Akta ini, sama ada sesuatu kenderaan barang-barang adalah dikecualikan atau tergolong dalam suatu kelas kenderaan barang-barang yang dikecualikan di bawah seksyen 4, beban membuktikan fakta itu terletak pada orang yang memohon pengecualian itu.