Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(a)
membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa-apa penyata atau dokumen lain yang dikehendaki oleh
Akta ini yang tidak benar atau tidak betul tentang apa-apa butir material;
(b)
membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa-apa penyata atau dokumen yang dibuat bagi pertimbangan mana-mana pegawai kastam yang hak tentang apa-apa permohonan yang dikemukakan kepadanya yang tidak benar atau tidak betul tentang apa-apa butir material;
(c)
melancung atau menyebabkan dilancungkan atau memalsukan atau menyebabkan dipalsukan apa-apa dokumen yang dikehendaki atau mungkin dikehendaki di bawah Akta ini atau digunakan dalam transaksi apa-apa urusan atau perkara yang berhubungan dengan levi, atau menggunakan atau menyebabkan digunakan atau dalam apa-apa cara membantu dalam penggunaan dokumen yang dilancungkan atau dipalsukan itu;
(d)
secara fraud mengubah apa-apa dokumen, atau melancungkan meterai, tandatangan, atau tandatangan ringkas atau tanda lain kepunyaan, atau yang digunakan oleh, mana-mana pegawai kastam yang hak bagi penentusahan apa-apa dokumen sedemikian atau bagi keselamatan apa-apa barang atau apa-apa maksud lain dalam perjalanan apa-apa perniagaan atau perkara yang berhubungan dengan levi;
(e)
dikehendaki oleh Akta ini supaya membuat suatu penyata, tidak membuat penyata itu sebagaimana yang dikehendaki;
atau
(f)
tidak atau enggan mengemukakan kepada seorang pegawai kastam yang hak apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan.
16
Undang-Undang Malaysia
(2)
Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali amaun levi yang kena dibayar dan tidak lebih daripada dua puluh kali amaun levi yang kena dibayar itu.
(3)
Apabila apa-apa penyata sedemikian, sama ada lisan atau bertulis, atau apa-apa dokumen sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b) dan (c) telah dibuktikan tidak benar atau tidak betul atau dilancungkan atau dipalsukan pada keseluruhan atau sebahagiannya, tidaklah menjadi suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa penyata atau dokumen itu dibuat atau digunakan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau bahawa orang yang menandatangani penyata atau dokumen itu tidak mengetahui atau tidak memahami kandungan dokumen itu, atau jika apa-apa penyata dibuat atau direkodkan dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris melalui terjemahan daripada mana-mana bahasa lain, bahawa penyata itu telah disalahterjemahkan atau tidak diterjemahkan dengan sepenuhnya oleh penterjemah yang disediakan oleh orang yang membuat penyata atau dokumen itu.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “dipalsukan” berhubung dengan sesuatu dokumen hendaklah disifatkan sebagai termasuk sesuatu dokumen yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir material, dan
“memalsukan”
hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Penalti kerana enggan menjawab soalan atau kerana memberikan maklumat palsu