Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Seksyen 21 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (3)—
(i)
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan
“dan” di hujung perenggan itu;
(ii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”;
dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) meminta daripada mana-mana individu atau entiti selain Entiti Kerajaan, apa-apa maklumat atau risikan dalam milikannya.”;
dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Mana-mana individu yang tidak mematuhi permintaan di bawah perenggan (3)(c) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
(7)
Mana-mana entiti selain Entiti Kerajaan yang tidak mematuhi permintaan di bawah perenggan (3)(c)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.”.
Pindaan seksyen 37