Malaysia legislation

Section 12

of *AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952

Seksyen 12

Kandungan waran

Tiap-tiap waran yang disebut terdahulu hendaklah mengandungi suatu pernyataan bahawa orang yang tersebut dalam waran itu telah dihukum bersalah oleh Majlis kerana menghina dan hendaklah menyatakan sifat penghinaan itu; dan tiap-tiap waran sedemikian adalah mencukupi jika dapat dengan munasabahnya disimpulkan daripadanya bahawa orang yang tersebut di dalamnya telah dihukum bersalah atas mana-mana penghinaan yang disebut terdahulu, dan tidaklah perlu mematuhi apa-apa bentuk tertentu dalam mana-mana waran tersebut.

Kuasa Yang Dipertua memerintah penangkapan orang yang melakukan kekacauan semasa Majlis sedang bersidang

Section 12 — AKTA MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) 1952