Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Tiada ahli atau pegawai Majlis dan tiada jurutrengkas yang diambil khidmat untuk mencatat minit keterangan di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa boleh memberi keterangan di tempat lain berkenaan dengan kandungan keterangan itu atau kandungan apa-apa manuskrip atau dokumen yang dibentangkan di hadapan
Majlis atau mana-mana jawatankuasa atau berkenaan dengan apa-apa prosiding atau pemeriksaan yang dijalankan di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa tanpa mendapat izin khas Majlis terlebih dahulu. Selepas pembubaran atau semasa istirahat atau penangguhan, izin khas itu boleh diberikan oleh Yang Dipertua atau, semasa ketiadaannya atau lain-lain ketidakupayaannya, oleh Setiausaha.