Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“ahli” ertinya seorang ahli Majlis;
“jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa Majlis keseluruhannya dan mana-mana jawatankuasa tetap, jawatankuasa pilihan, jawatankuasa khas atau jawatankuasa lain Majlis atau yang dilantik oleh Majlis;
“jurnal” ertinya minit Majlis atau rekod rasmi mengenai prosidingnya;
“Majlis” ertinya Dewan Negara atau Dewan Rakyat, mengikut kehendak hal keadaan;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 347
“pegawai Majlis” dan “pegawai” ertinya Setiausaha Dewan Negara atau Setiausaha Dewan Rakyat, mengikut kehendak hal keadaan, dan mana-mana orang yang diisytiharkan oleh Yang Dipertua sebagai pegawai Majlis;
“peraturan-peraturan mesyuarat” ertinya Kaedah dan Peraturan
Mesyuarat Majlis yang sedang berkuat kuasa;
“Yang Dipertua” ertinya Yang Dipertua Dewan Negara atau Yang
Dipertua Dewan Rakyat, mengikut kehendak hal keadaan.