Malaysia legislation

Section 12

of AKTA MAJLIS PENDIDIKAN TINGGI NEGARA 1996

Seksyen 12

Fungsi Majlis

(a)

untuk merancang, membentuk dan menentukan dasar dan strategi kebangsaan bagi perkembangan pendidikan tinggi;

(b)

untuk menyelaraskan perkembangan pendidikan tinggi;

(c)

untuk menggalakkan dan memudahkan pertumbuhan institusi pendidikan tinggi dengan teratur;

(d)

untuk menentukan dasar dan menetapkan kriteria bagi penguntukan dana kepada institusi pendidikan tinggi;

(e)

untuk menentukan dasar yang berhubungan dengan kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi;

(f)

untuk menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai perkara yang berkaitan dengan struktur gaji dan sistem pengurusan kakitangan Universiti dan Kolej

Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;

(g)

untuk menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai struktur fi;

(h)

untuk menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai bidang atau kursus pengajian yang diusahakan oleh institusi pendidikan tinggi;

(i)

untuk menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai penjalanan apa-apa kursus pengajian atau program latihan oleh institusi pendidikan tinggi secara bersesama atau secara bersekutu, gabungan, usaha sama atau selainnya, dengan mana-mana Universiti atau institusi pendidikan tinggi atau institusi pendidikan atau organisasi lain di dalam atau di luar Malaysia;

(j)

untuk menentukan dasar dan menetapkan garis panduan mengenai penglibatan Universiti dalam aktiviti perniagaan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971; dan

Majlis Pendidikan Tinggi Negara 11

(k)

untuk mengambil apa-apa tindakan atau melakukan apa-apa perkara yang difikirkannya patut atau perlu bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.

(2)

Apabila dasar, strategi dan garis panduan kebangsaan dirumuskan dan ditentukan oleh Majlis berhubung dengan fungsinya di bawah perenggan (1)(a) hingga (k), Menteri hendaklah melaksanakan dasar, strategi dan garis panduan itu dengan sewajarnya.