Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“anggota” ertinya seseorang anggota Majlis Pendidikan Tinggi
Negara;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 546
“institusi pendidikan tinggi” ertinya suatu institusi pendidikan yang sama ada atau tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan termasuklah institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan sijil, diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya;
“ketua eksekutif” ertinya ketua eksekutif sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta yang didaftarkan di bawah Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555];
“Majlis” ertinya Majlis Pendidikan Tinggi Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi
*pendidikan tinggi;
“Naib Canselor”—
(a)
berhubung dengan sesuatu Universiti ertinya Naib
Canselor, Presiden, Rektor atau Pengarah Universiti itu dan termasuklah mana-mana orang lain, dengan apa jua nama yang disebut, yang telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Universiti itu; dan
(b)
berhubung dengan sesuatu Kolej Universiti hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai pihak berkuasa yang berkenaan Kolej Universiti itu;
“pelajar” ertinya seseorang yang menerima apa-apa perihalan pendidikan, pengajaran atau latihan daripada atau di suatu institusi pendidikan tinggi;
“pendidikan tinggi” ertinya pendidikan yang disediakan oleh suatu institusi pendidikan tinggi;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi Negara;
*CATATAN— Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021].
Majlis Pendidikan Tinggi Negara 7
“Universiti” atau “Kolej Universiti” ertinya—
(a)
suatu Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
[Akta 30]; atau
(b)
suatu institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf
Universiti atau Kolej Universiti, kampus cawangannya dan kampus cawangan sesuatu Universiti atau Kolej
Universiti asing, yang ditubuhkan di bawah Akta Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta 1996.