Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Anggota Majlis
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Menteri sebagai Pengerusi;
(b)
Ketua Setiausaha Kementerian *Pengajian Tinggi atau wakilnya;
(c)
Ketua Pengarah Pendidikan *Tinggi atau wakilnya;
(d)
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan atau wakilnya;
(e)
Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana
Menteri atau wakilnya;
*CATATAN— Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2021 [P.U. (A) 383/2021].
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 546
(f)
Peguam Negara atau wakilnya;
(g)
tiga orang Naib Canselor mana-mana Universiti dan Kolej
Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
(h)
tidak lebih daripada dua orang yang merupakan ketua pegawai eksekutif mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta; dan
(i)
tidak lebih daripada tiga orang yang, kerana pengetahuan dan pengalaman mereka, boleh pada pendapat Menteri membantu Majlis.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi