Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011

Seksyen 11

(a)

dia mati;

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 732

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda)

lebih daripada dua tahun;

(c)

dia menjadi bankrap;

(d)

dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(e)

dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi, atau dalam hal

Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;

(f)

peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(g)

pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

(2)

Jika jawatan seseorang anggota Majlis dikosongkan, Menteri boleh jika perlu, melantik orang lain untuk memegang jawatan itu bagi baki tempoh yang dikosongkan oleh anggota itu atau bagi tempoh interim sehingga anggota baru dilantik ke jawatan itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

Mesyuarat

Section 11 — AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011