Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(a)
sekiranya Pengerusi tidak ada pada mana-mana mesyuarat Majlis kerana apa-apa sebab, Timbalan
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu;
atau
(b)
sekiranya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak ada pada mana-mana mesyuarat Majlis kerana apa-apa sebab, mana-mana anggota Majlis yang lain yang dilantik oleh Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
(2)
Kuorum Majlis hendaklah dua pertiga daripada anggota
Majlis, termasuk Pengerusi.
(3)
Tiap-tiap anggota Majlis yang hadir pada mesyuarat Majlis berhak mendapat satu undi.
(4)
Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi,
Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota Majlis yang mempengerusikan mesyuarat Majlis di bawah subseksyen (1)
hendaklah mempunyai undi pemutus.
Minit