Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa
(2)
Majlis hendaklah melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi jawatankuasa.
(3)
Majlis boleh melantik mana-mana anggotanya atau mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjadi anggota jawatankuasa.
(4)
Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.
Majlis Perundingan Gaji Negara 17
(5)
Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa, membuat apa-apa perubahan dalam komposisi anggota jawatankuasa atau membubarkan jawatankuasa.
(6)
Tertakluk kepada apa-apa arahan Majlis, jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(7)
Pengerusi setiap jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya dan salinan minit itu hendaklah dikemukakan oleh jawatankuasa kepada Majlis secepat yang dapat dilaksanakan.
(8)
Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa untuk menghadiri mesyuaratnya untuk menasihati tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(9)
Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (8)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Majlis.
Urus setia