Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011

Seksyen 22

(a)

kadar gaji minimum;

Majlis Perundingan Gaji Negara 19

(b)

liputan kadar gaji minimum yang disyorkan mengikut sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah;

(c)

ketidakpakaian kadar dan liputan gaji minimum yang disyorkan bagi mana-mana sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah atau bagi mana-mana orang atau golongan orang;

(d)

permulaan kuat kuasa perintah gaji minimum dan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa perintah gaji minimum bagi sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah yang berlainan, atau bagi orang atau golongan orang yang berlainan; dan

(e)

perkara lain yang berhubungan dengan gaji minimum, termasuk pelaksanaan kadar dan liputan gaji minimum yang disyorkan.

(2)

Kerajaan boleh, selepas menimbangkan syor itu—

(a)

bersetuju dengan syor itu; atau

(b)

mengarahkan Majlis untuk mengkaji semula syor itu dalam tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan dan membuat syor baru.

(3)

Jika Kerajaan mengarahkan Majlis untuk mengkaji semula syor itu dan membuat syor baru di bawah perenggan (2)(b), seksyen 21 dan subseksyen (1) hendaklah terpakai.

(4)

Kerajaan boleh, selepas menimbangkan syor baru yang dibuat menurut subseksyen (3)—

(a)

bersetuju dengan syor baru itu; atau

(b)

tidak bersetuju dengan syor baru itu dan menentukan perkara yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) hingga

(e)

.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 732

Perintah gaji minimum

Section 22 — AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011