Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(a)
mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
(b)
terdapat dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi pengendalian penyiasatan tentang, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai penguat kuasa yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan kekerasan.
(2)
Sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
boleh memberi kuasa kepada pegawai penguat kuasa untuk—
(a)
menggeledah premis itu bagi, dan untuk menyita atau memindahkan dari premis itu mana-mana buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang
Majlis Perundingan Gaji Negara 23
semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan tentang pelakuan kesalahan itu;
(b)
mengambil sampel mana-mana buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang dijumpai di dalam premis itu bagi maksud menentukan, melalui pemeriksaan atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan
(c)
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang dijumpai di dalam premis itu.
(3)
Apa-apa buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di dalam mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.
(4)
Seseorang pegawai penguat kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersama-samanya mana-mana orang lain dan kelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu.
(5)
Seseorang pegawai penguat kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain kepada premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;
(b)
masuk secara paksa ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu;
(c)
memindahkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 732
(d)
menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis itu sehingga penggeledahan itu selesai.
(6)
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai penguat kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain itu di dalam premis atau di dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
(7)
Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)
atau memindahkan buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran