Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

8 Undang-Undang Malaysia

“gaji” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kerja 1955 [Akta 265], seksyen 2 Ordinan

Buruh Sabah [Bab 67] atau seksyen 2 Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76];

“gaji minimum” ertinya gaji pokok yang akan ditetapkan atau sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 23;

“Ketua Pengarah” ertinya—

(a)

berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, Ketua

Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kerja 1955;

(b)

berkenaan dengan Sabah, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh

Sabah; atau

(c)

berkenaan dengan Sarawak, Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Ordinan Buruh

Sarawak;

“kontrak perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan sama ada nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja, tetapi tidak termasuk kontrak perantisan;

“mahkamah” ertinya Mahkamah Majistret;

“majikan” ertinya mana-mana orang yang membuat kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja seorang yang lain sebagai pekerja dan termasuk ejen, pengurus atau faktor bagi orang yang mula-mula disebut itu;

“Majlis” ertinya Majlis Perundingan Gaji Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

Majlis Perundingan Gaji Negara 9

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;

“pegawai penguat kuasa” ertinya pegawai-pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kerja 1955, seksyen 3 Ordinan Buruh

Sabah atau seksyen 3 Ordinan Buruh Sarawak;

“pekerja” ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:

(a)

Jadual Pertama Akta Kerja 1955;

(b)

Jadual Ordinan Buruh Sabah; atau

(c)

Jadual Ordinan Buruh Sarawak, tetapi tidak termasuk orang atau golongan orang yang kepadanya perintah gaji minimum tidak terpakai;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis yang dilantik di bawah seksyen 5;

“perintah gaji minimum” ertinya perintah yang dibuat oleh

Menteri di bawah seksyen 23;

“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawah seksyen 5.

Section 2 — AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011