Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011

Seksyen 32

Senarai buku akaun gaji, dsb., yang disita

(a)

hendaklah menyediakan—

(i)

suatu senarai buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan

(ii)

suatu notis bertulis tentang penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan itu dan hendaklah menandatangani notis itu; dan

(b)

hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyampaikan suatu salinan senarai buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang disita dan notis bertulis tentang penyitaan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di dalam premis itu.

(2)

Notis bertulis tentang penyitaan itu tidak dikehendaki untuk disampaikan di bawah perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini diniatkan untuk diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta sedemikian atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika premis itu tidak diduduki, pegawai penguat kuasa hendaklah menampalkan suatu salinan senarai buku akaun gaji, daftar, penyata kewangan atau dokumen lain yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Majlis Perundingan Gaji Negara 27

Pelepasan buku akaun gaji, dsb., yang disita

Section 32 — AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011