Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(2)
Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui sah oleh pegawai penguat kuasa sebagai suatu salinan benar dokumen itu.
(3)
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperakui sah bagi dokumen itu boleh diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.
(4)
Jika pegawai penguat kuasa berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, pegawai penguat kuasa boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu, dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Akses kepada rekod