Malaysia legislation

Section 41

of *AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011

Seksyen 41

(2)

Jika mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai penguat kuasa dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika difikirkan patut oleh mahkamah demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 732

saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

(3)

Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.

(4)

Tiada apa jua dalam seksyen ini hendaklah disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan perbarisan cam atau yang diliputi oleh seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i)

dan (j) Akta Keterangan 1950.

(5)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan—

(a)

pembuatan; atau

(b)

kandungan, mana-mana pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai penguat kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.

Kebolehterimaan dokumen, dsb.

Section 41 — AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011