Malaysia legislation

Section 44

of *AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011

Seksyen 44

Perintah mahkamah

(a)

perbezaan antara kadar gaji minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum dengan gaji pokok yang dibayar oleh majikan kepada pekerja, termasuk perbezaan yang belum selesai dibayar; dan

(b)

bayaran lain yang terakru daripada pengiraan gaji berdasarkan gaji pokok yang hendaklah mengikut kadar gaji minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 732

(2)

Pengiraan perbezaan dan bayaran lain yang terakru di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut Akta Kerja 1955, Ordinan

Buruh Sabah atau Ordinan Buruh Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika seseorang majikan tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), mahkamah hendaklah, atas permohonan pekerja, mengeluarkan suatu waran untuk melevi harta majikan itu bagi perbezaan dan bayaran lain yang terakru di bawah subseksyen (1) mengikut cara yang berikut:

(a)

secara distres dan penjualan harta majikan itu mengikut tatacara yang sama seperti pelaksanaan di bawah

Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A)

328/80] dan pelaksanaan ini hendaklah terpakai mutatis mutandis walau apa pun amaun dalam perintah itu; atau

(b)

mengikut cara yang sama seperti suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283

Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Penalti am

Section 44 — AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011