Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 17

Iklan

(a)

secara langsung atau secara tidak langsung layak atau tidak selaras dengan atau berlawanan dengan apa-apa butir yang dikehendaki oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya ditandakan pada atau dikepilkan kepada makanan itu atau ditandakan pada atau dikepilkan kepada mana-mana bungkusan yang mengandungi makanan yang sedemikian itu;

(b)

dilarang oleh mana-mana peraturan yang sedemikian itu daripada ditandakan pada atau dikepilkan kepada makanan yang sedemikian itu atau ditandakan pada atau dikepilkan kepada mana-mana bungkusan yang mengandungi makanan yang sedemikian itu;

(c)

meninggalkan daripada nama atau perihal apa-apa makanan apa jua perkataan atau perkataan-perkataan yang

Makanan 31

dikehendaki oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya dimasukkan ke dalam nama atau perihal yang ditandakan pada atau dikepilkan kepada makanan yang sedemikian itu atau ditandakan pada atau dikepilkan kepada mana-mana bungkusan yang mengandungi makanan yang sedemikian itu; atau

(d)

mungkin memperdaya pembeli berhubung dengan sifat, jenis, nilai, bahan, kualiti, kekuatan, ketulenan, komposisi, merit atau keselamatan, berat, bahagian kandungan, asal usul, lama atau kesan apa-apa makanan atau apa-apa ramuan atau juzuknya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya.

(2)

Seseorang yang menyiarkan atau menyebab disiarkan apa-apa iklan yang tidak mengandungi suatu pernyataan menerangkan nama sebenarnya orang yang olehnya atau bagi pihaknya iklan itu disiarkan dan alamat tempat perniagaan atau tempat kediamannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa jika orang itu suatu syarikat maka adalah mencukupi jika pernyataan itu menerangkan nama tempat di mana syarikat itu mempunyai pejabat berdaftarnya dan bukannya alamat tempat perniagaan syarikat itu.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2)—

(a)

boleh dipakai berkenaan dengan apa-apa iklan yang disiarkan secara lisan atau dengan apa-apa cara mengeluarkan atau menghantar cahaya atau bunyi; atau

(b)

boleh menyentuh kuat kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang berhubungan dengan pelabelan makanan.

32

Undang-Undang Malaysia

(4)

Apa-apa pernyataan yang terkandung dalam iklan bagi apa-apa makanan yang berupa sebagai menerangkan nama orang yang olehnya atau bagi pihaknya iklan sedemikian itu disiarkan hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan yang mencukupi tentang nama orang yang sedemikian itu.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dipakai bagi apa-apa iklan yang mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berhubung dengan penzahiran atau selainnya tentang nama dan alamat tempat perniagaan atau tempat kediaman pengilang atau penjual makanan yang diiklankan atau ejen pengilang atau penjual itu.

Kuasa mahkamah memerintahkan lesen dibatalkan dan makanan dilupuskan