Malaysia legislation

Section 12

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 12

(a)

dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan;

(b)

disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan

(c)

dengan mengemukakan bersama-sama permohonan itu—

(i)

surat kelulusan; dan

(ii)

apa-apa maklumat, butiran dan dokumen sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu,

Ketua Pengarah boleh melalui notis bertulis menghendaki pemohon untuk memberikan maklumat, butiran atau dokumen tambahan.

(3)

Jika apa-apa maklumat, butiran atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis atau apa-apa pelanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi diteruskan, tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.

(4)

Suatu permohonan bagi lesen boleh ditarik balik melalui notis bertulis kepada Ketua Pengarah pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan ditolak.

Permohonan bagi lesen hendaklah dibuat dalam masa tiga tahun