Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(a)
melantik orang yang bertanggungjawab yang hendaklah bertanggungjawab dalam pengurusan dan kawalan makmal patologi berlesen dan penyeliaan kakitangan yang diambil kerja atau diguna khidmat dalam kelas dan kekhususan yang berlainan di makmal itu;
(b)
memeriksa makmal patologi berlesen mengikut cara dan kekerapan sebagaimana yang ditetapkan;
(c)
memastikan bahawa mana-mana profesional jagaan kesihatan yang diambil kerja atau diguna khidmat dalam makmal patologi didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia pendaftaran mereka;
(d)
memastikan bahawa mana-mana profesional jagaan kesihatan selain profesional jagaan kesihatan di bawah perenggan (c)
hendaklah mempunyai kelayakan dan pengalaman sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 674
(e)
memastikan bahawa sampel yang diterima dan keputusan yang dikeluarkan hendaklah dibuat melalui pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar dengan sewajarnya;
(f)
memastikan bahawa pengurusan perubatan dan pergigian pesakit terletak pada pengamal perubatan berdaftar dan pengamal pergigian berdaftar masing-masing;
(g)
menyenggara suatu dasar untuk mematuhi mana-mana tatalaku profesional yang dikeluarkan oleh badan berkaitan yang mengawal profesional jagaan kesihatan di bawah perenggan (c);
(h)
menubuhkan dan menyenggara kaedah yang hendaklah diikuti dan piawaian minimum yang hendaklah dipatuhi semasa penggunaan, penyenggaraan, penyimpanan atau pelupusan kelengkapan, bahan atau material berbahaya lain dalam makmal patologi berlesen;
(i)
menubuhkan dan menyenggara langkah yang hendaklah diambil dan amalan yang hendaklah diikuti atau dielakkan bagi perlindungan dan keselamatan orang awam, orang yang diambil kerja atau diguna khidmat dalam, dan persekitaran tempat kerja makmal patologi itu; dan
(j)
mematuhi tugas dan tanggungjawab lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal—
(i)
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
Makmal Patologi 25
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
(i)
didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Orang yang bertanggungjawab