Malaysia legislation

Section 29

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 29

(2)

Ketua Pengarah boleh menghendaki pemegang lesen untuk mengemukakan rekod untuk diperiksa.

(3)

Seseorang yang gagal menyimpan atau enggan mengemukakan rekod di bawah subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal tuan punya tunggal—

(i)

didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau

(b)

dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—

(i)

didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit;

dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 674