Malaysia legislation

Section 2

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ahli patologi” ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar yang mempunyai kelayakan, latihan dan pengalaman dalam disiplin patologi sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;

*CATATAN—Akta ini masih belum berkuat kuasa.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 674

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui perintah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“Jawatankuasa Penasihat Makmal Patologi” ertinya Jawatankuasa

Penasihat Makmal Patologi yang ditubuhkan di bawah subseksyen 46(1);

“juruteknologi makmal perubatan” ertinya mana-mana orang yang memegang kelayakan dalam teknologi makmal perubatan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;

“kelas dan kekhususan” ertinya klasifikasi atau penjenisan makmal patologi ke dalam tahap perkhidmatan yang berlainan menurut kelas atau kekhususan makmal patologi itu;

“kelulusan” ertinya kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggara makmal patologi yang diberikan di bawah perenggan 8(a);

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;

“klinik pergigian swasta” ertinya klinik pergigian swasta yang didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];

“klinik perubatan swasta” ertinya klinik perubatan swasta yang didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998;

“lesen” ertinya lesen untuk mengendalikan atau menyediakan makmal patologi yang diberikan di bawah perenggan 16(a);

“makmal patologi” ertinya apa-apa premis yang di dalamnya perkhidmatan patologi adalah disediakan;

“makmal patologi berlesen” ertinya suatu makmal patologi yang berkenaan dengannya suatu lesen sedang berkuat kuasa;

“makmal patologi yang diluluskan” ertinya suatu makmal patologi yang berkenaan dengannya suatu kelulusan sedang berkuat kuasa;

“orang yang bertanggungjawab” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 25;

Makmal Patologi 11

“pegawai sains” ertinya mana-mana orang yang memegang kelayakan dalam sains dan mempunyai pengalaman dalam makmal patologi sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;

“pegawai yang diberi kuasa” ertinya mana-mana ahli patologi, pegawai sains, juruteknologi makmal perubatan atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 52;

“pemegang kelulusan” ertinya seseorang yang kepadanya suatu kelulusan diberikan di bawah Akta ini;

“pemegang lesen” ertinya seseorang yang kepadanya suatu lesen diberikan di bawah Akta ini;

“pengamal pergigian berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Pergigian 1971 [Akta 51] dan yang memegang sijil amalan yang sah;

“pengamal perubatan berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50] dan yang memegang sijil amalan yang sah;

“perkhidmatan patologi” ertinya apa-apa perkhidmatan dalam penganalisisan dan pemeriksaan sampel tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil lain badan manusia atau untuk menilai apa-apa perubahan dalam keadaan fisiologi manusia bagi maksud mencegah, mendiagnosis atau merawat penyakit dalam manusia;

“pertubuhan perbadanan” ertinya pertubuhan yang diperbadankan di bawah *Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau badan berkanun di bawah statut yang berkaitan;

“premis” ertinya mana-mana tempat, bangunan atau kenderaan, sama ada kekal atau sementara;

“profesional jagaan kesihatan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998;

“rekod” termasuklah slaid, blok, dokumen atau data yang berkenaan dengan pengendalian makmal patologi.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]—

m.b.p. 31 Januari 2017.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 674