Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(a)
kepada pemegang kelulusan, dia hendaklah berhenti untuk menubuhkan atau menyenggara makmal patologi itu dengan serta merta; atau
(b)
kepada pemegang lesen, dia hendaklah—
(i)
berhenti untuk mengendalikan atau menyediakan sebahagian atau keseluruhan makmal patologi berlesen itu dengan serta merta; dan
(ii)
mematuhi syor tentang bagaimana untuk menguruskan sampel atau rekod perubatan pesakit termasuk keputusan makmal pesakit sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah penggantungan.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal—
(i)
didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
(i)
didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 674
Kesan pembatalan