Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(a)
kepada pemegang kelulusan, dia hendaklah berhenti untuk menubuhkan atau menyenggara makmal patologi dengan serta merta; atau
(b)
kepada pemegang lesen, dia hendaklah—
(i)
berhenti untuk mengendalikan atau menyediakan sebahagian atau keseluruhan makmal patologi itu dengan serta merta; dan
(ii)
mematuhi syor tentang bagaimana untuk menguruskan sampel atau rekod perubatan pesakit termasuk keputusan makmal pesakit sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah pembatalan itu.
(2)
Suatu makmal patologi yang diluluskan atau makmal patologi berlesen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditutup—
(a)
jika tiada rayuan terhadap perintah pembatalan itu, apabila tamatnya empat belas hari dari tarikh perintah pembatalan itu disampaikan kepada pemegang kelulusan atau pemegang lesen itu; atau
(b)
jika terdapat rayuan terhadap perintah pembatalan itu, dan—
(i)
perintah pembatalan itu disahkan oleh Menteri tanpa apa-apa terma atau syarat, dari tarikh pengesahan itu, atau
(ii)
rayuan itu telah disahkan oleh Menteri dengan terma dan syarat, dari tarikh pemegang lesen gagal untuk mematuhi terma dan syarat itu.
(3)
Jika suatu kelulusan atau lesen telah dibatalkan, pemegang kelulusan atau pemegang lesen itu hendaklah menyerahkan kelulusan atau lesen itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas penutupan makmal patologi yang diluluskan atau makmal patologi berlesen itu.
Makmal Patologi 33
(4)
Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal—
(i)
didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
(i)
didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.