Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(2)
Apabila menerima notis di bawah subseksyen (1), Ketua
Pengarah boleh mengeluarkan suatu perintah berkenaan dengan jagaan sampel atau rekod perubatan pesakit termasuk keputusan makmal pesakit di makmal patologi berlesen itu.
(3)
Pemegang lesen hendaklah mematuhi perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) sebelum menutup makmal patologi berlesen itu.
(4)
Penutupan makmal patologi berlesen itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (1) dan dalam masa empat belas hari dari tarikh itu, pemegang lesen hendaklah menyerahkan lesen itu.
Makmal Patologi 35
(5)
Notis untuk menutup makmal patologi berlesen boleh ditarik balik melalui notis bertulis kepada Ketua Pengarah pada bila-bila masa sebelum penutupan itu mula berkuat kuasa.
(6)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (4) melakukan suatu kesalahan.
(7)
Seseorang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal—
(i)
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
(i)
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit;
dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Tiada kos, ganti rugi, dsb., atas perintah bagi penutupan