Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Penilaian pengendalian
(2)
Dalam mengemukakan apa-apa rekod atau maklumat lain bagi penilaian atau pemeriksaan di bawah subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah membayar kos penilaian atau pemeriksaan itu dan apa-apa kos lain sebagaimana yang semunasabahnya ditanggung berkaitan dengan penilaian atau pemeriksaan itu kepada Ketua
Pengarah.
(3)
Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan rekod atau maklumat yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) dan selepas berpuas hati bahawa makmal patologi berlesen itu telah gagal untuk mengekalkan piawaian atau kualiti yang dikehendaki bagi pengendaliannya berkenaan dengan lesen yang telah diberikan, menggantung atau membatalkan lesen itu.
(4)
Kos yang kena dibayar di bawah subseksyen (2) hendaklah ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(5)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Makmal Patologi 37
Sekatan ke atas penggunaan premis