Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(a)
menubuhkan atau menyenggara suatu makmal patologi dalam mana-mana premis tanpa kelulusan yang diberikan di bawah perenggan 8(a); atau
(b)
mengendalikan atau menyediakan suatu makmal patologi tanpa lesen yang diberikan di bawah perenggan 16(a).
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal—
(i)
didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
(i)
didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Makmal Patologi 13
Kelulusan atau lesen boleh dikeluarkan kepada tuan punya tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan