Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
(2)
Suatu permohonan bagi pemindahan atau penyerahhakan suatu kelulusan atau lesen hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan dan disertakan dengan fi yang ditetapkan.
(3)
Ketua Pengarah boleh meluluskan pemindahan atau penyerahhakan suatu kelulusan atau lesen tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan olehnya atau menolak permohonan pemindahan atau penyerahhakan itu, dengan atau tanpa memberikan apa-apa alasan.
Makmal Patologi 39
(4)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal—
(i)
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
(i)
didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Daftar