Malaysia legislation

Section 45

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 45

Akta 674

(2)

Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa apa-apa kehendak atau piawaian yang ditetapkan yang terpakai kepada suatu makmal patologi berlesen tidak dipatuhi oleh pemegang lesen, Ketua

Pengarah boleh memberikan arahan secara bertulis sebagaimana yang difikirkannya perlu kepada pemegang lesen itu bagi pematuhan kehendak atau piawaian itu dan hendaklah menyatakan dalam arahan itu tempoh yang pemegang lesen itu dikehendaki untuk mematuhi arahan itu.

(3)

Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa penggunaan apa-apa kelengkapan dalam makmal patologi berlesen atau cara yang apa-apa hasil badan manusia digunakan, dikumpulkan, dikendalikan, disimpan atau diangkut, atau apa-apa kegiatan lain yang dijalankan adalah memudaratkan kesihatan dan keselamatan mana-mana orang di dalamnya atau selainnya tidak sesuai bagi maksud yang ia diniatkan, Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis, mengarahkan pemegang lesen untuk berhenti menggunakan kelengkapan atau hasil badan manusia atau menghentikan kegiatan itu.

(4)

Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis, selanjutnya mengarahkan pemegang lesen untuk memasang atau menggantikan kelengkapan itu atau menggantikan kegiatan di dalamnya, dan mematuhi apa-apa tatacara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(5)

Pemegang lesen yang gagal untuk mematuhi arahan Ketua

Pengarah di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 674

Section 45 — AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007 | mylaw.my