Malaysia legislation

Section 48

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 48

(a)

perubahan tugas atau tanggungjawab Jawatankuasa Penasihat

Makmal Patologi;

(b)

pelanggaran tatalaku profesional yang dikeluarkan oleh badan yang berkaitan yang mengawal selia profesional jagaan kesihatan; atau

(c)

pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

(2)

Pemegang lesen atau organisasi jagaan yang diuruskan yang memasuki suatu kontrak atau membuat apa-apa perkiraan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal pemegang lesen yang merupakan tuan punya tunggal, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya;

(b)

dalam hal pemegang lesen yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; atau

(c)

dalam hal organisasi jagaan yang diuruskan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

(3)

Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) dilakukan oleh organisasi jagaan yang diuruskan, orang yang bertanggungjawab bagi organisasi jagaan yang diuruskan juga melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 674

Obligasi untuk memberikan maklumat tentang kontrak dengan organisasi jagaan yang diuruskan