Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
Jika seseorang pegawai yang diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan untuk memperoleh waran geledah di bawah seksyen 54—
(a)
penyiasatan akan terjejas;
(b)
matlamat kemasukan mungkin terkecewa; atau
(c)
buku, rekod, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau benda lain yang merupakan bukti tentang pelanggaran itu mungkin diganggu, dialih, dirosakkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki makmal patologi atau premis itu dan menjalankan, berkenaan dengan makmal patologi atau premis itu, semua kuasa yang dirujuk dalam seksyen 54 seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Capaian kepada data berkomputer