Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
Kuasa untuk mengelak
(a)
meletakkan buku, rekod, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau benda lain di dalam suatu bilik, petak atau kabinet yang terletak di dalam makmal patologi berlesen atau premis itu; dan
(b)
menanda, menutup dan mengelak bekas, pintu atau bukaan untuk masuk ke dalam bilik, petak atau kabinet.
(2)
Pegawai yang diberi kuasa boleh dengan apa-apa cara mengelak mana-mana makmal patologi atau premis jika dia ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
(a)
makmal patologi itu melanggar apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah atau kehendak atau piawaian yang ditetapkan; atau
(b)
premis itu digunakan sebagai makmal patologi tanpa dilesenkan di bawah Akta ini.
(3)
Jika mana-mana makmal potologi berlesen itu telah dilak, pemegang lesen hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itu mengemukakan bukti kepada Ketua Pengarah bahawa pemegang lesen itu telah mematuhi terma dan syarat atau kehendak atau piawaian yang ditetapkan dan menanggung apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan itu.
(4)
Jika mana-mana premis telah dilak, orang yang menghuni atau menggunakan premis itu sebagai makmal patologi hendaklah, dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itu mengemukakan lesen kepada Ketua Pengarah dan menanggung apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan itu.
(5)
Lak di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuka jika orang yang disebut dalam subseksyen (3) mematuhi kehendak subseksyen itu atau suatu perintah mahkamah diperoleh bagi orang itu untuk berhenti menggunakan makmal patologi berlesen itu.
Makmal Patologi 51
(6)
Lak di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuka jika orang yang disebut dalam subseksyen (4) mematuhi kehendak subseksyen itu atau suatu perintah mahkamah diperoleh bagi orang itu untuk berhenti menggunakan premis itu sebagai makmal patologi.
(7)
Menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang tanpa kuasa yang sah untuk memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2) atau mengalih apa-apa buku, rekod, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah atau hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan farmaseutikal atau bahan atau benda lain yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes