Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
dalam bentuk borang dan mengikut cara yang ditetapkan;
(b)
disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan
(c)
dengan mengemukakan bersama-sama dengan permohonan itu—
(i)
suatu pelan yang menyeluruh bagi penubuhan atau penyenggaraan makmal patologi yang dicadangkan termasuk pelan tapak, pelan susun atur bangunan, reka bentuk, bahan binaan dan apa-apa kehendak lain yang ditetapkan;
(ii)
kelas dan kekhususan yang dicadangkan yang akan disediakan;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 674
(iii)
perkiraan yang dicadangkan bagi pengambilan tenaga manusia termasuk perkiraan bagi latihan tenaga manusia;
(iv)
peralatan makmal yang dicadangkan bagi kelas dan kekhususan yang akan disediakan;
(v)
jika pemohon ialah suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian, suatu salinan dokumen konstituennya, yang ditentusahkan dengan sewajarnya oleh suatu perakuan berkanun yang dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa pemohon itu; dan
(vi)
apa-apa maklumat, butiran atau dokumen lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua
Pengarah bagi maksud menentukan permohonan dan kesesuaian pemohon itu.
(2)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu, Ketua
Pengarah boleh melalui notis bertulis menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat, butiran atau dokumen tambahan.
(3)
Jika apa-apa maklumat, butiran atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau apa-apa pelanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Ketua
Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi diteruskan, tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.
(4)
Suatu permohonan bagi suatu kelulusan boleh ditarik balik melalui notis bertulis kepada Ketua Pengarah pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.
Perkara yang hendaklah dipertimbangkan sebelum kelulusan diberikan