Malaysia legislation

Section 63

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 63

Bila mana seseorang pegawai yang diberi kuasa menjalankan kuasanya di bawah Akta ini adalah menjadi kewajipan pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab atau pekerja makmal patologi berlesen atau tuan punya atau penghuni mana-mana premis yang digunakan sebagai makmal patologi atau mana-mana orang yang dijumpai di dalamnya—

(a)

untuk memberikan pegawai yang diberi kuasa itu segala kemudahan dan bantuan yang semunasabahnya dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa itu;

(b)

untuk memberi pegawai yang diberi kuasa itu semua maklumat yang munasabah yang dikehendaki olehnya berkenaan dengan makmal patologi berlesen atau premis, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berhubungan dengan pengurusannya atau mana-mana perkara lain yang berkaitan dengannya; dan

(c)

untuk mengemukakan apa-apa buku, rekod atau dokumen dalam milikan atau jagaannya atau di bawah kawalannya atau dalam kuasanya untuk memberi, yang berhubungan dengan hal ehwal makmal patologi berlesen atau premis itu.

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 674

Pelucuthakan barang, dsb., yang disita