Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
Pengkompaunan kesalahan
(2)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas suatu kesalahan telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang boleh diberikan oleh
Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
(3)
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1)—
(a)
tiada pendakwaan selepas itu boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat; dan
(b)
apa-apa buku, rekod, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang atau apa-apa benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, boleh dilucuthakkan, dimusnahkan atau dipulangkan kepada orang itu, sebagaimana yang disifatkan sesuai oleh Ketua Pengarah selepas mengambil kira jenis kesalahan itu dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh dikenakan.
Pemulaan pendakwaan