Malaysia legislation

Section 69

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 69

Akta ini tidak terpakai kepada—

(a)

mana-mana makmal patologi awam yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan atau disediakan oleh Kerajaan;

(b)

mana-mana makmal patologi yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan atau disediakan oleh seorang pengamal perubatan berdaftar dalam klinik perubatan swasta bagi maksud menjalankan apa-apa ujian yang dinyatakan dalam Jadual Pertama semasa merawat pesakitnya;

(c)

mana-mana makmal patologi yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan atau disediakan oleh pengamal pergigian berdaftar dalam klinik pergigian swasta bagi maksud menjalankan apa-apa ujian yang dinyatakan dalam Jadual

Kedua semasa merawat pesakitnya; atau

(d)

apa-apa ujian yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga yang dijalankan oleh seseorang dalam suatu premis selain makmal patologi berlesen.

Kesalahan berhubung dengan pemeriksaan