Malaysia legislation

Section 71

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 71

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu;

dan

(b)

disifatkan melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya dalam sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan bahawa—

(i)

kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

dia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

(2)

Jika sesuatu perkongsian melanggar mana-mana peruntukan

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, tiap-tiap pekongsi perkongsian itu pada masa pelakuan kesalahan itu hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan itu dan boleh dipertuduh secara bersesama dalam prosiding yang sama dengan perkongsian itu, atau secara berasingan, dan tiap-tiap pekongsi hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa—

(i)

kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

Makmal Patologi 59

(ii)

dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

(3)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, didenda dengan amaun yang sama dengan denda dan tempoh pemenjaraan sebagaimana denda dan pemenjaraan yang dikenakan terhadap tuan punya tunggal yang melakukan kesalahan itu.

Rayuan