Malaysia legislation
Section 74
Seksyen 74
(2)
Menteri boleh meminda jadual fi itu melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
(3)
Makmal patologi berlesen yang baginya suatu jadual fi telah ditetapkan di bawah seksyen ini hendaklah mematuhi jadual fi itu.
(4)
Seseorang yang gagal untuk mematuhi subseksyen (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal—
(i)
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
Makmal Patologi 61
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
(i)
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit;
dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Iklan