Malaysia legislation
Section 77
Seksyen 77
(a)
kakitangannya;
(b)
apa-apa kelengkapan, material atau apa-apa benda lain yang digunakan atau akan digunakan;
(c)
diagnosis mana-mana orang yang sampelnya telah diuji;
(d)
apa-apa kaedah atau tatacara analitis yang digunakan dalam menjalankan apa-apa ujian;
(e)
pengendaliannya;
(f)
semua perkara yang berhubungan dengan pernyataan dasar;
atau
(g)
tugas, fungsi dan pengalaman locum tenens dan perunding kehormat, pengalaman dan penyeliaan mereka serta sekatan ke atas kegiatan mereka.
(2)
Seseorang pemegang kelulusan atau pemegang lesen yang enggan atau gagal untuk memberikan maklumat di bawah
Makmal Patologi 63
subseksyen (1) atau memberikan apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya; dan
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh memberi kuasa kepada Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya untuk memeriksa rekod perubatan mana-mana orang yang sampelnya telah diuji dalam makmal patologi berlesen atau untuk memperoleh apa-apa maklumat berkenaan dengan mana-mana orang mengenai apa-apa perkara yang dinyatakan di bawah perenggan (1)(c) tanpa keizinan bertulis orang itu atau wakilnya terlebih dahulu.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh memeriksa apa-apa rekod atau material bagi maksud seksyen 53, 54, 55 atau 56 tanpa keizinan bertulis orang itu atau wakilnya terlebih dahulu.
(5)
Pemeriksaan di bawah subseksyen (4) hendaklah bagi maksud menentukan pematuhan peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini oleh pemegang lesen, pemegang kelulusan atau orang yang bertanggungjawab bagi makmal patologi berlesen, dan kerahsiaan apa-apa maklumat mana-mana orang yang diperoleh semasa pemeriksaan itu hendaklah dipatuhi.
(6)
Bagi maksud subseksyen (3) dan (4), “wakil” seseorang ertinya—
(a)
jika orang itu sudah meninggal dunia, wasi, pentadbir atau waris kadimnya;
(b)
jika orang itu belum dewasa, ibu, bapa atau penjaganya;
atau
(c)
jika orang itu tidak berupaya memberikan keizinan, waris kadimnya.
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 674
Penyampaian notis