Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Suatu permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggara suatu makmal patologi tidak boleh diberikan oleh
(a)
pemohon mampu menyediakan perkhidmatan makmal patologi;
(b)
pemohon mampu menyediakan pengurusan dan pentadbiran yang mencukupi dan cekap bagi perjalanan yang sepatutnya makmal patologi;
(c)
jika pemohon seorang tuan punya tunggal, dia tidak pernah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau bukan seorang bankrap belum lepas;
(d)
jika pemohon suatu perkongsian, tiada pekongsinya telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau seorang bankrap belum lepas; atau
(e)
jika pemohon suatu pertubuhan perbadanan, tiada ahli lembaga pengarah atau orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau seorang bankrap belum lepas.
Pemberian atau keengganan untuk memberikan kelulusan