Malaysia legislation

Section 80

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 80

Perlindungan pegawai

Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Ketua Pengarah, pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana pegawai yang dilantik dengan sewajarnya di bawah

Akta ini bagi atau disebabkan oleh atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud menguatkuasakan Akta ini; dan

Makmal Patologi 65

(b)

mana-mana orang lain bagi atau disebabkan oleh atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau petunjuk Ketua Pengarah, pegawai yang diberi kuasa atau mana-mana pegawai yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini atau jika tindakan itu telah dilakukan secara suci hati dengan kepercayaan yang munasabah bahawa tindakan itu perlu bagi maksud yang dicadangkan baginya.

Pendedahan maklumat sulit