Malaysia legislation
Section 83
Seksyen 83
Jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, orang yang melakukan kesalahan itu boleh, apabila disabitkan—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal—
(i)
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun, atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; atau
Makmal Patologi 67
(b)
dalam hal pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
(i)
didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit;
dan
(ii)
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pelanggaran perundangan subsidiari