Malaysia legislation
Section 86
Seksyen 86
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud seperti yang berikut:
(a)
untuk menetapkan hal keadaan yang di bawahnya salinan pendua kelulusan atau lesen boleh dikeluarkan dan fi yang kena dibayar;
Undang-Undang Malaysia 68
Akta 674
(b)
untuk menetapkan tatacara pindaan apa-apa butiran yang terkandung dalam mana-mana kelulusan atau lesen atau penggantiannya dengan suatu kelulusan atau lesen yang baru dan fi yang kena dibayar;
(c)
untuk menetapkan rekod seseorang yang sampelnya telah diuji dalam makmal patologi berlesen dan cara rekod itu disimpan dan dikeluarkan;
(d)
untuk menetapkan cara mengakses keputusan makmal seseorang dan cara memperoleh keputusan makmal oleh orang itu, wakil orang itu atau pemberi jagaan kesihatan;
(e)
untuk menetapkan rekod yang hendaklah disimpan mengenai profesional jagaan kesihatan, kakitangan atau mana-mana orang lain yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh makmal patologi berlesen;
(f)
untuk menetapkan bilangan, kelayakan atau pengalaman minimum yang dikehendaki profesional jagaan kesihatan termasuk ahli patologi, pegawai sains, juruteknologi makmal perubatan atau kakitangan teknikal lain atau kategori lain kakitangan yang diambil kerja atau diguna khidmat dalam makmal patologi berlesen;
(g)
untuk menetapkan piawaian minimum bagi kelengkapan, material dan benda lain yang hendaklah digunakan, diperuntukkan dan disenggarakan oleh makmal patologi berlesen;
(h)
untuk menetapkan jenis latihan, pendidikan teknikal atau perubatan berterusan atau apa-apa jenis pendidikan profesional jagaan kesihatan lain yang hendaklah disediakan oleh pemegang lesen kepada professional jagaan kesihatan, kakitangan atau mana-mana orang lain yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh makmal patologi berlesen;
(i)
untuk menetapkan piawaian dan spesifikasi minimum berkenaan dengan reka bentuk dan pembinaan makmal patologi berlesen;
(j)
untuk menetapkan piawaian minimum sanitasi atau kemudahan lain dalam makmal patologi berlesen;
Makmal Patologi 69
(k)
untuk menetapkan piawaian minimum kebersihan, termasuk kawalan jangkitan dalam makmal patologi berlesen;
(l)
untuk menetapkan piawaian dan syarat minimum yang dikehendaki perkhidmatan patologi berkenaan dengan pemungutan, penyaringan, penganalisisan, pemprosesan, pengendalian, pengangkutan, pengagihan, penyimpanan, atau pelupusan sampel;
(m)
untuk menetapkan pengurusan, kawalan, dan pengawasan makmal patologi berlesen;
(n)
untuk menetapkan jaminan kualiti dan kawalan kualiti yang boleh diterima berkenaan dengan makmal patologi berlesen;
(o)
untuk menetapkan program dan aktiviti makmal patologi berlesen untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan;
(p)
untuk menetapkan bentuk dan butiran yang hendaklah terkandung dalam rekod atau daftar yang disimpan atau disenggarakan di bawah Akta ini;
(q)
untuk menetapkan maklumat statistik yang hendaklah diberikan oleh pemegang lesen kepada Ketua Pengarah dan cara memberikan maklumat itu;
(r)
untuk menetapkan tatacara bagi pemberitahuan penutupan makmal patologi berlesen;
(s)
untuk menetapkan cara dan bentuk memohon bagi pertukaran atau penyerahhakan kelulusan atau lesen berkenaan dengan, dan peluasan atau pengubahan kepada makmal patologi berlesen;
(t)
untuk menetapkan tatacara untuk melaporkan kejadian, data laporan dan statistik yang hendaklah dikemukakan oleh pemegang lesen;
(u)
untuk menetapkan kategori makmal patologi ke dalam kelas dan kekhususan yang berlainan yang boleh atau tidak boleh dilaksanakan dalam kelas dan kekhususan yang tertentu makmal patologi berlesen;
Undang-Undang Malaysia 70
Akta 674
(v)
untuk menetapkan keanggotaan, tugas dan tanggungjawab
Jawatankuasa Penasihat Makmal Patologi; atau
(w)
untuk memperuntukkan apa-apa perkara lain di bawah Akta ini yang dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan untuk memberi kuat kuasa kepada Akta ini.
Peralihan