Malaysia legislation

Section 87

of AKTA MAKMAL PATOLOGI 2007

Seksyen 87

(2)

Sementara menunggu keputusan oleh Ketua Pengarah mengenai permohonan bagi lesen yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah disifatkan sebagai dilesenkan di bawah Akta ini dan tiada tindakan boleh diambil terhadap pemohon itu bagi pengendalian atau penyediaan makmal patologi tanpa lesen.

(3)

Jika suatu lesen diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 16(a) menurut permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh lesen itu diberikan, mengambil tindakan yang perlu untuk mematuhi terma dan syarat yang dikenakan dalam lesen itu, jika ada.

(4)

Jika suatu lesen tidak diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 16(b), pemohon yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah terhenti untuk disifatkan sebagai dilesenkan di bawah subseksyen itu dari tarikh pemohon itu diberitahu tentang keputusan Ketua Pengarah itu atau, jika terdapat rayuan di bawah seksyen 72, tarikh keputusan Menteri mengenai rayuan itu.

Makmal Patologi 71