Malaysia legislation

Section 15

of AKTA MAKTAB KERJASAMA (PERBADANAN) (PINDAAN) 2011

Seksyen 15

Peruntukan kecualian dan peralihan

(2)

Semua tindakan, peraturan, perintah, arahan, pemberitahuan, kelulusan, keputusan, garis panduan dan tindakan eksekutif lain yang dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa Akta ibu oleh Majlis sebelum bermulanya kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat, diberikan atau dilakukan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, Akta ini oleh Lembaga, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang perkara itu terpakai baginya.

(3)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang disempurnakan di bawah meterai perbadanan “The Co-operative

College of Malaysia” atau “Maktab Kerjasama Malaysia” sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya apabila mula berkuat kuasanya Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1398

(4)

Mana-mana orang yang dilantik di bawah Akta ibu sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah terus menjadi anggota

Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau pegawai atau anggota kakitangan Maktab, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini seolah-olah orang itu telah dilantik di bawah peruntukan Akta ini.

Section 15 — AKTA MAKTAB KERJASAMA (PERBADANAN) (PINDAAN) 2011