Malaysia legislation

Section 17

of AKTA MATA WANG 2020

Seksyen 17

Bagi maksud memelihara kualiti dan integriti, atau mempromosikan pengeluaran semula atau peredaran semula mata wang kertas atau mata wang syiling, Bank boleh—

(a)

membuat suatu kontrak atau perkiraan lain dengan suatu institusi kewangan atau seorang pemproses mata wang berdaftar; atau

(b)

mengambil apa-apa langkah atau memudahkan apa-apa tindakan yang difikirkan patut oleh Bank.