Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Bagi maksud subseksyen (1)—
(a)
suatu nota, syiling, token, dokumen atau instrumen berkemungkinan dikatakan sebagai sah diperlakukan, jika nota, syiling, token, dokumen atau instrumen itu memenuhi semua ciri yang berikut:
(i)
nota, syiling, token, dokumen atau instrumen itu boleh dibayar kepada seseorang pembawa atau pemegang atas permintaan atau apabila diserahkan;
(ii)
nota, syiling, token, dokumen atau instrumen itu digunakan secara meluas di Malaysia bagi maksud pembayaran kepada mana-mana orang selain pengeluar nota, syiling, token, dokumen atau instrumen itu; dan
(iii)
nota, syiling, token, dokumen atau instrumen itu mempunyai nilai selain nilai intrinsiknya;
(b)
“mata wang asing” ertinya apa-apa nota, syiling, token, dokumen atau instrumen, sama ada ketara atau tidak ketara, yang sah diperlakukan di mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia dan termasuklah apa-apa hak untuk menerima nota, syiling, token, dokumen atau instrumen itu; dan
(c)
“mengeluarkan” ertinya perbuatan menyediakan bagi kegunaan mana-mana orang awam.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Sekatan ke atas penggunaan gambar, lukisan atau reka bentuk mata wang dalam penerbitan, dsb.